Single Station ‘Dies’
‘Die’
jenis ini menghasilkan satu operasi bagi satu lejang (stroke). Untuk
menghasilkan barangan sepertimana yang dikehendaki, maka kita memerlukan
bilangan ‘die’ sebanyak mana bilangan operasiyang diperlukan untuk menyiapkan
produk tersebut.
Compound
‘Dies’
‘Die’ jenis ini mempunyai gabungan dua atau
lebih operasi pada satu-satu station. ‘Die’ dalam penghasilan pelapik (washer)
merupakan satu contoh bagi “Compound Die”. Ia juga dapat membantu menjimatkan
kos.
Progressive ‘Dies’
Ia terdiri daripada beberapa station
yang diletakkan dalam satu barisan. Pergerakan bendakerja dari satu operasi
kepada operasi berikutnya dikawal secara automatik. Sesuatu barangan yang
memerlukan bilangan operasi yang banyak dapat dihasilkan dengan hanya
menggunakan sebuah ‘die’ sahaja. Perbelanjaan menggunakan progressive die
adalah tinggi jadi ianya hanya digunakan sekiranya hasil barangan keluaran
adalah tinggi
Transfer ‘Dies’
Pembinaanya
agak sama seperti progressive die tetapi disini barangannya terpisah bukan
dalam kedudukan berterusan. Barangan dipindahkan dari satu station ke station
berikutnya secara automatik.
Cut-Off
‘Dies’
Ia digunakan untuk operasi memotong seperti
‘blanking’, ‘separating’ atau memotong bahan buangan. Kadangkala ia merupakan
satu bahagian daripada progressive die.
Combination ‘Dies’
Di dalam alat tekan gabungan, dua atau
lebih operasi seperti pembentukan, penarikan, ’embossing’ dan lain-lain boleh
digabungkan.Operasi-operasi ini juga mungkin boleh digabungkan dengan berbagai
operasi pemotongan seperti blangking,piercing,cut off dan sebagainya.Alat tekan
ini biasanya mempunyai satu perhentian.
Side cam ‘Dies’
Di dalam alat tekan jenis ini,
pergerakan menegak alat tekan ditukarkan kepada pergerakan mendatar atau
bersudut.Digunakan bila terdapat proses yang perlu dilakukan pada bahagian tepi
sesuatu produk sseperti piercing,bending dan sebagainya
good
ReplyDelete