JENIS JENIS PEMOTONGAN DIE (ALAT TEKAN)


Operasi memotong

Operasi memotong terdiri daripada beberapa bahagian seperti berikut :

A         Shearing

Shearing merupakan proses memotong logam daripada kepingan yang besar (coil) kepada kepingan yang lebih kecil. Biasanya shearing machine digunakan dan arah pemotongan bergaris lurus.

A         Blanking
Blanking merupakan proses pemotongan untuk menghasilkan ‘blank’ berbentuk rata. Garis pemotongan adalah dalam keadaan tertutup. Bahan yang tertanggal merupakan produk dan bahan yang tertinggal adalah bahan buangan. Biasanya ‘blanking tool’ digunakan untuk operasi jenis ini.
A         Piercing
Piercing merupakan proses untuk menghasilkan lubang. Garis pemotongan adalah dalam keadaan tertutup.Bahan yang tertinggal adalah produk manakala bahan yang tertanggal (slug) adalah bahan buangan. Biasanya ‘piercing tool’ digunakan untuk proses ini.



A         Trimming

Trimming merupakan proses pemotongan untuk membuang bahan yang berlebihan selepas proses penarikan. Ia menjadikan produk kepada saiz dan bentuk yang dikehendaki. Bahan yang dibuang lebih besar berbanding proses ‘notching’. Biasanya ‘trimming die’ digunakan untuk proses ini.

A         Dinking
Dinking merupakan operasi yang digunakan untuk  memotong bahan yang bersifat lembut seperti kertas, kulit, pakaian, getah dan lain-lain. Biasanya ‘dinking tool’ digunakan. Prinsip asas pemotongan seperti pisau dimana ia akan menembusi  dan seterusnya memotong bahan tersebut. Ia juga boleh digunakan untuk memotong bentuk luar dan dalam pada suatu bendakerja (compound die). ‘Punch’ akan ditekan keatas bendakerja yang diletakan diatas ‘base plate’. ‘Base plate’ biasanya diperbuat daripada kayu, getah keras atau fibre.
 
A         Lancing
Lancing merupakan gabungan dua proses secara berterusan iaitu proses pemotongan dan pembengkokan . Bahan akan dipotong terlebih dahulu sebelum dibengkok dandi jalankan dalam satu perhentian.


No comments:

Post a Comment